February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 27 Dis. – Pemain tengah Manchester United, Jesse Lingard menjadi penyelamat maruah tuan rumah apabila dua jaringannya membolehkan kelab itu berkongsi satu mata menentang Burnley di Old Trafford, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan tersebut, Burnley terlebih dahulu menjarakkan jurang jaringan 2-0 menerusi Ashley Barnes sewaktu minit ketiga dan Steven Defour pada minit ke-36.

Lingard yang dimasukkan bagi menggantikan Zlatan Ibrahimovic sewaktu minit ke-45 berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-53 dan ketika masa kecederaan.

Biarpun berjaya menyelamatkan United daripada tewas di laman sendiri namun Lingard tetap kecewa dengan keputusan tersebut berikutan gagal mendapatkan kemenangan dalam aksi hari ini.

“Sangat kecewa kerana kami berjaya mencipta banyak peluang jaringan dan kami sepatutnya memenangi aksi ini.

“Prestasi saya ketika ini berada di tahap terbaik terutama apabila dapat membantu pasukan mendapatkan jaringan,” kata Lingard.

Keputusan seri itu menyebabkan skuad kendalian Jose Mourinho kekal di kedudukan kedua liga dengan 43 mata dan kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu, Manchester City. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons