February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak digesa memberani diri untuk mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen
dan tarikh pengundian selewatnya pada hari pertama Januari tahun depan.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar,
pengumuman awal tarikh pembubaran dan tarikh pengundian amat penting
supaya rakyat dapat membuat persediaan awal dan tidak terlepas
menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Pengumuman awal sangat penting untuk
memudahkan penjadualan pergerakan percutian rakyat khususnya pengundi
untuk hadapi Tahun Baru Cina dan percutian lain khususnya pergerakan
untuk umat Islam mengerjakan Ibadah Umrah.

“Saranan Ini bagi mengelak beban kos
berganda sekiranya rakyat sedang bercuti dan perlu pulang membuang undi
di kampung asal serta untuk mengelak pengundi Islam terlepas peluang
pengundian sekiranya jadual umrah bersamaan dengan tarikh pengundian
Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, sistem pilihanraya di
Malaysia sepatutnya lebih berani dan demokratik dengan menjadualkan
lebih awal tarikh pembubaran Parlimen.

“Permasalahan sekarang ialah apakah
PM Najib Razak akan menunggu sehingga penghujung tempoh penggal atau
akan membubarkan lebih awal,” katanya.

Beliau berkata, PRU14 sudah pasti
akan dilaksanakan pada tahun 2018 memandangkan Dewan Rakyat akan
terbubar dengan sendiri pada 24 Jun 2018 ini termasuklah beberapa Dewan
Undangan Negeri (DUN).

“Jika PM Najib Razak tidak
membubarkan Parlimen sebelum bulan Jun 2018 kerana ada sesetengah DUN
lebih dahulu melakukan angkat sumpah ADUN serta permulaan sidang DUN
lebih awal dari sidang Parlimen,” katanya lagi. – Roketkini.com-
*kredit foto: Sinar Harian



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons