February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Roketkini.com

Meski lawatan tiga hari Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak ke Sri Lanka penting dalam
hubungan diplomasi kedua-dua negara, beliau gagal menyuarakan isu
perlanggaran hak asasi manusia ke atas etnik Tamil di negara itu.

Menurut Ahli Jawatankuasa Pusat DAP Dr P. Ramasamy,
kunjungan Najib itu bagaimana pun membelakangkan beberapa perkara
penting melibatkan krisis hak asasi manusia akibat perang saudara yang
tercetus sekitar tahun 1987 hingga 1990.

“Walaupun kunjungan rasmi itu
menyaksikan beberapa perjanjian ditandatangani, terdapat beberapa
perkara yang tidak kurang pentingnya kepada rakyat Malaysia,” katanya
dalam kenyataan.

Ramasamy berkata, walaupun Najib
dilihat cuba menarik sokongan kaum India negara ini menghadapi Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU14), beliau dilihat ‘mempertahankan’ tindak-tanduk
pelanggaran hak asasi manusia yang diamalkan di negara itu.

Dalam ucapannya, Najib diilaporkan
berkata Malaysia tidak bersetuju dengan tafsiran barat terhadap
pelanggaran hak asasi manusia di Sri Lanka.

“Rakyat Malaysia khususnya etnik
Tamil negara ini sebenarnya berharap agar Najib dapat membangkitkan isu
pelanggaran hak asasi manusia yang serius di negara itu dalam perang
saudara yang berlaku sebelum ini.

“Sudah tentu, kehadiran Presiden MIC
Dr S Subramaniam dan Duta Khas Malaysia ke Selatan Asia, Datuk Seri Samy
Vellu memberi gambaran Najib akan menarik perhatian Presiden Sri Lanka
terhadap isu tersebut dengan lebih serius,” kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata, semasa perang saudara
Sri Lanka tercetus, ratusan dan ribuan rakyat etnik Tamil negara itu
cedera dan terbunuh. Ribuan pula dilaporkan hilang dan tidak diketahui
sehingga kini.

Ini termasuk laporan salah laku seks dan jenayah rogol terhadap wanita Tamil yang tidak dipedulikan agensi negara itu.

Lebih mendukacitakan, hak milik tanah
etnik Tamil yang diduduki pasukan tentera negara itu sewaktu krisis
tercetus tidak dikembalikan kepada pemiliknya. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons