February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa PDRM sengaja cuba menutup sebarang siasatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar: Facebook

Polis tidak pernah berhenti atau cuba menutup sebarang siasatan mengenai penemuan kem pemerdagangan manusia dan kubur di kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis seperti dilaporkan sebuah akhbar baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan kes itu masih berjalan dan pihaknya dalam proses mendakwa beberapa lagi suspek yang terlibat dalam kes berkenaan.

Beliau berkata, “Siasatan masih berterusan dan setakat ini empat orang sudah didakwa dan beberapa lagi dalam proses didakwa malah polis juga telah kenal pasti 10 lagi suspek dipercayai mempunyai kaitan berhubung kes tersebut”.

 

SUMBER:

Astro Awani

Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons