February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Kenyataan terbaru Hanipa Maidin berhubung golongan ateis hanya akan memburukkan imej parti Ternakan DAPigs itu, kata Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia UUM, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Kamarul mengulas pandangan Hanipa yang mengatakan hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama, maka barulah penyebaran fahaman itu dikalangan umat Islam boleh dikawal.

“Pada hemat saya konar baring terbaru Hanipa Maidin ini walaupun mungkin dimaksudkan untuk memperbaiki imej beliau dan imej PAN yang tercalar di mata umat Islam, sebenarnya akan menjunamkan lagi imej beliau dan parti itu.

“Ini kerana, bila ateisme diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk dianuti dan mengamalkan ateisme tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Harakahdaily hari ini.

Semalam, Hanipa Maidin dilapor berkata hanya dengan mengiktiraf ateisme sebagai agama maka penyebarannya terhadap penganut Islam boleh dikawal atau disekat selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun Hanipa yang juga merupakan seorang anggota parlimen Sepang yang mewakili PAN tidak mengemukakan bukti bagi menyokong tafsiran bahawa ateisme adalah agama.

Mengulas lanjut, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata tindakan yang dicadangkan oleh Hanipa itu hanya akan menyebabkan keadaan menjadi lebih parah sekiranya aties diiktiraf sebagai agama.

“Lebih parah lagi,bila diiktiraf sebagai agama, maka sudah tentulah golongan ateis akan mempunyai hak untuk “menguruskan hal ehwal agamanya sendiri, menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat dan memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang” tanpa sebarang gangguan seperti yang diperuntukkan oleh Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan,” tegas Kamarul Zaman.

Selain itu Kamarul berkata penyebaran ateisme terhadap penganut Islam sebenarnya boleh disekat melalui Perkara 11 (4) perlembagaan Persekutuan walaupun ateisme tidak diiktiraf sebagai agama.

Sebagai rekod, fahaman Ateis ini merupakan satu ajaran songsang yang jelas bertentangan dengan Islam diamalkan dan disebarkan oleh penduduk – penduduk di Negara Barat. Malah mereka juga turut tidak mengiktiraf kewujudan tuhan serta hari akhirat!!!




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons