February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SHAH ALAM 27 Dis. – Seorang pembekal barangan runcit cedera di bahu dan pinggang akibat dilibas dengan pisau dalam satu cubaan samun di Seksyen 25, di sini semalam.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah hari, apabila mangsa yang berusia 22 tahun itu sedang melakukan proses penghantaran barangan di sebuah kedai runcit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, secara tiba-tiba dua lelaki berusia lingkungan 20-an memasuki kedai dengan salah seorang daripada bersenjatakan pisau.

“Mangsa yang cuba menghalang cubaan samun itu tetapi dilibas oleh suspek di bahagian bahu dan pinggang sebelum melarikan diri menaiki sebuah kereta jenis Nissan berwarna kelabu.

“Mangsa telah dihantar ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons