February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PALSU:

Tersebar luas di media sosial dakwaan sebuah surat bertajuk ‘Kasihan orang Perlis, hospital tak ada kemudahan’ yang kononnya tahap perkhidmatan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah lebih teruk dari hospital sesetengah pekan.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengambil maklum surat yang bertajuk ‘Kasihan orang Perlis, hospital tak ada kemudahan’. Adalah dimaklumkan bahawa kenyataan “tahap perkhidmatan perubatan di Hospital Tuanku Fauziah lebih teruk dari hospital sesetengah pekan” adalah tidak tepat dan kemungkinan mempunyai motif tertentu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, HTF adalah sebuah hospital kerajaan yang telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1909 dan menawarkan perkhidmatan berpakar bagi lebih 260,000 orang rakyat negeri Perlis dan juga ramai rakyat Kedah, terutama bagi kawasan berdekatan. HTF menawarkan perkhidmatan kesihatan sekunder dan juga tertiari yang terdiri daripada perkhidmatan pesakit luar, pesakit dalam dan rawatan sokongan menggunakan teknologi yang canggih dan terkini.

Seperti juga bagi banyak bidang subkepakaran, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menyediakan perkhidmatan rawatan jantung secara “regional” (iaitu mengikut zon) untuk menampung keperluan pesakit di setiap zon di negara ini dan perkhidmatan ini tidak disediakan di semua hospital. Ini adalah supaya perkhidmatan jantung yang berkualiti tinggi dapat disediakan, pada kadar mampu milik bagi segenap lapisan masyarakat. Pengwujudan perkhidmatan kepakaran jantung juga memerlukan pakar dan anggota sokongan yang berkemahiran tinggi. Perancangan ini dijalankan dengan penuh tanggungjawab oleh KKM dengan mengambil kira pelbagai faktor.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons