February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Oleh

Masalah bekalan air di Sabah bukan
sahaja membelenggu kampung-kampung di daerah pedalaman tetapi juga turut
berlaku di beberapa kampung di kawasan yang berhampiran dengan
bandaraya Kota Kinabalu.

Antara kawasan tersebut termasuklah
di Kampung Pulutan yang terletak di Daerah Manggatal yang sehingga kini
penduduk terpaksa bergantung dengan sistem air graviti yang diselenggara
sendiri. 

Nasib yang sama turut melanda daerah berhampiran seperti di
Telipok dan Inanam.

Lebih banyak persoalan timbul
terhadap urustadbir Kerajaan Sabah yang dikuasai UMNO-Barisan Nasional
(BN) meskipun menerima peruntukan besar di bawah Program Bekalan Air
Luar Bandar (BALB).

Timbalan Setiausaha DAP Sabah, Tan Lee Fatt

Timbalan Setiausaha DAP Sabah, Tan Lee Fatt
berkata, berdasarkan laporan Jawatankuasa Kira-kira wang Negara (PAC),
sejumlah kira-kira RM2 bilion peruntukan disalurkan kepada kerajaan
Sabah bagi program tersebut, namun, hasilnya amat mengecewakan.

“Sudah cukup jelas bahawa BN tidak
lagi boleh diharap untuk membantu rakyat walaupun hanya menyediakan
kemudahan asas seperti air.

“Saya perlu memberitahu dan mengingatkan rakyat tentang penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat oleh BN.

“Di samping itu juga, saya juga
mengambil peluang ini untuk mendalami masalah rakyat dan cara untuk
menyelesaikan masalah rakyat dengan lebih berkesan apabila DAP dan
Pakatan Harapan memegang tampuk pimpinan selepas PRU-14 nanti,” katanya
kepada media.

Menurut Penyelaras DAP Sepanggar
itu, masalah bekalan air yang dihadapi rakyat khususnya di kawasan luar
bandar dan pedalaman mendapat perhatian DAP melalui banyak projek
sistem air graviti.

“Impian Sabah telah pun membelanjakan
lebih RM1 juta bagi membina sistem agihan air graviti di beberapa
kawasan pedalaman,” kata Tan.

Pada 24 hingga 26 November yang lalu,
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama kepimpinan DAP Sabah telah
merasmikan projek Sistem Agihan Air graviti di kampung Pangkas Ulu
Keningau, Kampung Magatang Transpegalan, Kampung Molosok di Sook dan
Kampung Kelanaan, Melalap.

“Jelas walaupun DAP hanya pembangkang di Sabah. Kita masih dapat membantu rakyat,” katanya lagi.

Katanya, rakyat akan terus menjadi
mangsa sekiranya kerajaan tidak serius membanteras segala penyelewengan
dan ketirisan yang berlaku. – Roketkini.com
-Kredit foro: Impian Malaysia



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons