February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PENJELASAN:

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan laporan berita yang menyatakan  LNS Lactalis Group bersama Pihak Berkuasa Kesihatan Perancis telah mengeluarkan arahan penarikan balik produk susu bayi yang disyaki terlibat dengan pencemaran Salmonella dari pasaran antarabangsa.

Sumber gambar: France24.

Menurut Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Noraini Dato’ Mohd Othman, pengguna tidak perlu khuatir kerana KKM telah mendapat pengesahan daripada International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) di bawah World Health Organization (WHO) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bahawa produk susu terbabit tidak dieksport ke Malaysia.

Berdasarkan kepada maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan
Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di bawah KKM,
tiada pengimportan bagi produk berkenaan ke Malaysia.

SUMBER:

Kementerian Kesihatan

Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons