February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus



Oleh

DAP hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
agar terus menyiasat kes pindah milik tanah FELDA di Jalan Semarak,
Kuala Lumpur bernilai lebih RM200 juta.

Peguam DAP, Zulhazmi Shariff berkata agensi berkenaan tidak wajar
menyerahkan kes berkenaan kepada polis kerana jelas terdapat unsur
rasuah.

“Kami minta supaya SPRM menyiasat semula kes ini kerana jelas
terdapat unsur rasuah. Kami tidak mahu kes ini jadi seperti skandal
1MDB.

“Kes ini penting kerana ia melibatkan tanah milik warga FELDA yang
bernilai ratusan juta di tengah-tengah ibu kota,” katanya kepada media,
hari ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang DAP Kedah
berkata demikian selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM Kuala
Lumpur.

Beliau ditemani Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Adun Kampung
Tungku, Lau Weng San; Ahli Jawatankuasa DAP Selangor, Edry Faizal Yusof
dan Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Siapa luluskan pindah milik?

Bagi Lip Eng, wujud keraguan bagaimana FELDA akan mendapatkan kembali hak tanah tersebut.
“Undang-undang tidak akan benarkan (pindah milik semula kepada
FELDA), jika tanah itu sudah dipindahkan hak milik secara sah dan bona
fide.

“Lainlah kalau Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad berkata bahawa dokumen berkaitan pindah milik itu palsu.

“Tetapi yang menjadi persoalan sekarang, siapa sebenarnya yang tandatangan surat kuasa pindah milik berkenaan?” katanya.

Semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam
Baki dilaporkan berkata bahawa pihaknya mendapati tiada unsur rasuah dan
salah guna kuasa dalam kes berkenaan.

Namun, pihaknya mendapati terdapat unsur pecah amanah dan membuat
keputusan untuk menyerahkan kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Pada hari sama, FELDA membuat laporan polis terhadap kes pindah milik tanah berkenaan.

Shahrir berkata laporan berkenaan adalah bagi mendapatkan semula pemilikan untuk tiga bidang tanah terbabit.

Menurutnya, tanah tersebut yang dikenali sebagai SPA1, SPA2 dan SPA4
dipindah hak kepada pemaju Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) tanpa
pengetahuan Lembaga Pengarah Felda.

Sebelum itu, akhbar UMNO, Berita Harian melaporkan FELDA berisiko
kehilangan hak ke atas tanah berkenaan apabila dipercayai bertukar hak
milik menerusi transaksi diragui sejak 2014.

Untuk rekod, Tan Sri Isa Abdul Samad adalah Pengerusi FELDA dari 2011 hingga Januari 2017.

Beliau juga adalah Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV)
mulai 1 Januari 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak
ditubuhkan pada 2 Julai 2013 sehingga 2017. – Roketkini.com



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons