February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


DUNGUN 27 Dis. – Tiga orang nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ikan di perairan Pulau Tenggol semalam ditemukan selamat di perairan Kemaman selepas bot mereka yang menghadapi masalah enjin hanyut selama 30 jam.

Chang Chee Hoo, 36, Loh Chong Yong, 60, dan seorang lagi rakannya yang dikenali sebagai Ah Cai , 58, ditemukan oleh sekumpulan nelayan tempatan yang keluar untuk menangkap ikan pada kedudukan  kira – kira 30 batu nautika dari pulau  tersebut, kira-kira pukul 3.15 petang ini 

Ketua Polis Daerah,  Superintenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan penemuan tersebut dan memberitahu, kesemua nelayan tersebut dalam keadaan selamat.

Isteri Chang, Chong Yok Lan, 36, ketika ditemui berkata, suaminya  bersama dua rakan keluar dari jeti rajawali  untuk memancing dan menahan bubu pada pukul 11.30 pagi. 

Namun sehingga tengah malam, suaminya tidak pulang dan dia cuba menghubungi namun tidak berjaya lalu dia membuat laporan di Balai Polis Dungun.

“Selalunya dia apabila keluar ke laut , dia akan balik pada waktu petang dan bila saya lihat botnya tiada di jeti , saya beranggapan dia berehat di pulau tersebut namun apabila saya tidak berjaya menelefonnya, saya  risau tentang suatu yang buruk, “ katanya.

Menurutnya dia gembira menerima khabar itu dan menganggap hadiah kepadanya dan anak sulung mereka  sempena hari lahir suaminya yang ke -36 pada esok.

Yok Lan berkata, pada masa ini,  bot nelayan terbabit sedang berusaha menunda bot suaminya itu untuk masuk ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemaman.- UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons