February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MANCHESTER 28 Dis. – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menegaskan, tiada siapa pun yang mampu menemui jalan untuk menyekat pasukannya ketika ini.

Jaringan tunggal Raheem Sterling pada minit ke-31 membolehkan City menungguli Liga Perdana Inggeris dengan 15 mata mengatasi pencabar rapat, Manchester United selepas menundukkan Newcastle United 1-0 di St. James’ Park hari ini.

Ini adalah kemenangan ke-18 berturut-turut dilakar skuad The Citizens, sekali gus menyaksikan rekod tanpa kalah mereka dalam 19 perlawanan liga belum mampu dilebur mana-mana pasukan.

Dalam aksi tersebut, City berjaya merobohkan benteng pertahanan Newcastle yang kukuh, termasuk menguasai 80 peratus permainan, sekali gus membuatkan Guardiola percaya, mereka mampu mematahkan apa sahaja taktik yang digunakan lawan.

“Sebagai pengurus, saya perlu menyesuaikan pasukan saya dengan pelbagai corak permainan lawan. Kami pernah berdepan pasukan yang memberi tekanan tinggi (menyerang), tekanan rendah (bertahan), serangan balas atau hanya bergantung kepada situasi bola mati. Tottenham Hotspur adalah pasukan yang cuba pergi ke depan dan menyerang.

“Dengan semua taktik yang diatur lawan, kami berjaya mengalahkan mereka. Apa yang mengagumkan tentang bola sepak dan pengurus pasukan ialah keupayaan bermain dalam sebarang corak permainan. Lawan boleh mengatur apa sahaja tipu helah tetapi anda kena mencari jalan untuk menewaskan mereka.

“Sehingga hari ini, kami sentiasa berjaya menemui jalan untuk mencatat kemenangan,” kata Guardiola kepada pemberita.

Pengurus kelahiran Sepanyol itu juga menegaskan, biarpun masih dalam mood berparti (Krismas) tetapi pasukannya masih mampu memberikan persembahan terbaik.

“Bukan mudah untuk kekal fokus dalam tempoh itu. . Kami gembira dapat mencatat kemenangan sekali lagi dan hanya berfikir tentang Selhurst Park sekarang,” katanya lagi, merujuk kepada pertemuan menentang Crystal Palace, Ahad ini. – AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons