February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TEBEDU 28 Dis. – Jawatankuasa peringkat teknikal diberi masa 14 hari bagi bermesyuarat dan 14 hari lagi untuk kemukakan laporan penilaian Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu sama ada perlu naik taraf atau dibina baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, jawatankuasa tersebut akan dikoordinasikan Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Nur Jazlan Mohamed sebelum dibawa kepada pasukan petugas dipengerusikan beliau bersama Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Katanya, selepas itu, ia akan dibawa kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum dibentangkan kepada Kabinet.

“Kita mahu ICQS Tebedu dengan imej yang lebih baik dan keberkesanan maksimum kepada perkhidmatan 10 jabatan dan agensi kerajaan di sini.

“Kita juga berterima kasih kepada Abang Johari yang komited dengan kerajaan negeri untuk membiayai bersama 50 peratus kos keseluruhan naik taraf atau pembinaan baharu itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali dan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot dan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam.

Lawatan kerja beliau bagi meninjau keadaan infrastruktur ICQS Tebedu lanjutan daripada Rundingan Tahunan Ke-12 antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Kuching pada 22 November lalu.

Hasil perbincangan itu, Najib dan Jokowi secara prinsip telah bersetuju agar kawasan sempadan Tebedu-Entikong (Sarawak dan Kalimantan di Serian) yang sebelum ini ditutup, dibuka semula selepas Perjanjian Dagangan Sempadan (BTA) dan Perjanjian Rentas Sempadan (BCA) yang kini masih dalam perbincangan untuk dimeterai kedua-dua negara.

Tambahnya, perkongsian pintar itu diharap akan mempercepatkan lagi hasrat bagi menaik taraf atau pembinaan ICQS Tebedu nanti. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons