February 19, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KOTA BHARU 28 Dis. – Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama McDonald’s hari ini meraikan lebih 45 orang golongan kurang berkemampuan dalam program Ceria ke Sekolah 2017 di sebuah pusat beli belah di Kubang Kerian, di sini hari ini.

Program yang melibatkan kanak-kanak yang tidak berkemampuan dan kurang upaya itu diadakan bertujuan membantu meringankan perbelanjaan mereka ketika pembukaan sesi persekolahan yang bermula pada Selasa ini.

Setiausaha Bilik Gerakan Islamic Relief Malaysia, Nor Hayati Abd. Wahab berkata, mereka yang terpilih adalah dari jajahan inj dan Rantau Panjang.

Katanya, antara barangan disumbangkan ialah baju, beg dan kasut sekolah.

“Kami berharap sumbangan ini dapat memberi semangat kepada kanak-kanak dalam melahirkan modal insan cemerlang yang mampu mengisi pembangunan negara ke tahap lebih baik pada masa depan.

“Kami juga berterima kasih kepada pihak Mydin tampil bersama membantu dalam memberi cenderahati kepada kanak-kanak,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Pegawai Khidmat Pelanggan McDonald’s negeri ini, Nurul Wahida Harun. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons