February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PADANG BESAR 28 Dis. – Ladang Agro Taman Desa Asnaf di Batu Bertangkup di Chuping di sini, telah diiktiraf memenuhi Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

Penyerahan sijil kepada ladang di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua MAIPs, semalam.

Yang hadir sama, Pengarah Pertanian negeri, Zulkefli Amin Yusof; Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Pengarah Pembangunan Perniagaan IRIS Agrotech Sdn Bhd, Zalina Yusof.

Ladang Agro Taman Desa Asnaf dikendalikan oleh Syarikat IRIS Agrotech Sdn. Bhd.

Pengiktirafan MyGAP yang menyasarkan penghasilan produk pertanian berkualiti, selamat dimakan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar, membolehkan hasil yang dituai menggunakan sijil berkenaan lebih mudah untuk dieksport.

Pada masa ini Ladang Agro Taman Desa Asnaf itu menghasilkan kira-kira dua tan buah rock melon setiap minggu dan kini telah menembusi pasaran ke hotel-hotel lima bintang.

Cuaca di negeri ini yang sesuai dengan tanaman itu membolehkan buah yang dihasilkan berkualiti tinggi. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons