February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEORANG lelaki menyamar sebagai anggota polis dilapor melarikan gadis berusia 16 tahun di depan mata ibunya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan pada hari Rabu.

Kejadian pada jam 11 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi bertemu dengan lelaki tersebut, yang menyamar sebagai seorang sarjan polis yang baru berpindah, di sebuah warung goreng pisang berhampiran rumahnya.

Nur Syaminn

Lelaki tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai Faiz, meminta bantuan untuk menghantar motosikal miliknya yang baru dibeli dari sebuah kedai di Sungai Ruan ke rumahnya, terletak berdekatan.

Wan Maziah Wan Mat, 37, ibu kepada Nur Syaminn, dilaporkan berkata anak perempuannya telah membawa lelaki itu ke rumah untuk meminta izin bagi membantu menghantar motosikalnya.

“Lelaki itu kenalkan diri sebagai seorang Sarjan polis yang baru saja dipindahkan sebagai pegawai bertugas di balai polis Sungai Ruan,”

“Dia (lelaki itu) minta izin sekiranya saya benarkan anak untuk membantu membawa motorsikal miliknya dari kedai. Menilai dari penampilan dan kesopanan, saya tidak mengesaki apa-apa,”

“Niat saya ikhlas untuk membantu orang yang baru datang ke kawasan ini. Kedua-dua mereka kemudian pergi menaiki kenderaan berwarna perak. Saya tidak pasti sama ada kereta jenis perodua Myvi atau Axia,” katanya.

Menurut Wan Maziah, pada pukul 1 tengahari, anak perempuannya — paling sulung di dalam empat beradik, ada menghubunginya dan memberitahu dia di sebuah pusat beli belah dan akan pulang ke rumah sebentar lagi.

“Dua jam kemudian, anak saya telefon lagi dan katanya dia berada di Gua Musang, Kelantan, dan lelaki itu telah mencuri gelang emas miliknya sebelum talian diputuskan.

“Saya cuba menghubunginya namun tidak berjaya. Kemudian saya menerima satu SMS (ibu xyah lagi risau),” katanya hari ini seperti yang dipetik oleh NST.

Bimbang dengan keselamatan Nur Syaminn, wanita itu segera membuat satu laporan polis di balai polis Sungai Ruan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata pihak polis sedang menjejaki suspek tersebut dan bekerjasama dengan pihak polis di Kelantan.

Katanya tidak ada anggota polis bernama Faiz yang bertugas di balai polis Sungai Ruan, katanya lagi suspek yang berusia lingkungan 30 am, hanya memakai pakaian biasa ketika bertemu keluarga mangsa.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons