February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sekiranya Pakatan Harapan mempertaruhkan dinosaur tua seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang sebagai calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14, parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA pula mempertaruhkan generasi muda.

Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai. berkata lebih 30 peratus calon muka baru yang disenaraikan MCA untuk PRU ke 14 terdiri daripada generasi muda. Beliau berkata MCA hanya menyenaraikan calon yang berkelayakan dan berpotensi terutamanya generasi muda untuk menarik kembali sokongan pengundi Cina kepada parti itu.

DS Liow mahukan semua pemimpin dan calon MCA rajin, turun padang agar lebih dikenali dan disukai oleh rakyat. Mereka semua perlu mempunyai komitmen yang tinggi dalam memberi khidmat kepada rakyat.

Menurut DS Liow, MCA telah mengumumkan beberapa nama calon di beberapa tempat antaranya kerusi Parlimen Tebrau akan ditandingi Datuk Dr Hou Kok Chung dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pula bakal ditandingi Datuk Tan Cher Puk.

Tambah DS Liow, walaupun telah termasuk dalam senarai pendek, MCA tidak teragak-agak untuk menyingkirkan calon yang gagal memberi perkhidmatan terbaik kepada Rakyat. MCA kata beliau berharap sokongan pengundi akan meningkat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh bakal calon.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons