February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


TAIPEI 29 Dis. – Taiwan terpaksa membatalkan agihan lebih 200,000 pasport baharu apabila tersilap mencetak imej sebuah lapangan terbang di Washington untuk menggambarkan lapangan terbang utama negara kepulauan itu.

Pasport biometrik generasi baharu dikeluarkan Isnin lalu dengan cetakan gambar Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Washington pada bahagian dalam helaiannya dan bukannya Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Konsular, Agnes Chen meletak jawatan manakala pembantunya, Kung Chung-chen diturunkan pangkat ekoran kesilapan memalukan itu.

Semua pasport yang silap dicetak berharga hampir Tw$80 juta (RM10.97 juta) itu telah musnahkan dan kerajaan terpaksa menarik balik 285 keping yang sudah diedarkan.

Kesilapan tersebut tular dan menjadi bahan gurau pengguna media sosial yang menggelar Taiwan sebagai sebagai ‘negeri ke-51’ di Amerika Syarikat (AS). – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons