February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Mantan Menteri Sumber Manusia, Mantan Timbalan Presiden MCA, Mantan Pengerusi MCA Pahang dan Mantan Ahli Parlimen Bentong (1989 – 1999), Tan Sri Lim Ah Lek telah menyatakan keyakinan bahawa MCA akan dapat mengekalkan kerusi Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14.

Menurut TS Lim, maklum balas daripada pengundi memperlihatkan perkara-perkara yang baik dan positif untuk MCA. Beliau mempunyai perasaan dan keyakinan yang kuat bahawa Barisan Nasional (BN) mampu menang di Bentong sekali lagi dan kali ini dengan majoriti yang lebih besar. Dalam PRU ke-13, presiden MCA, DS Liow Tiong Lai memenangi kerusi itu dengan mengalahkan calon DAP ‘Anti-Lynas’ Wong Tack.

DS Liow katanya telah memberikan perkhidmatan yang baik untuk Rakyat Bentong dan pengundi-pengundi Bentong pula terkenal dengan kesetian mereka kepada ahli politik yang berkhidmat kepada mereka. TS Lim berkata pengundi Cina perlu menentukan apa yang baik untuk mereka, sama ada parti yang telah memberi perkhidmatan kepada mereka atau parti yang hanya tahu bagaimana untuk mengkritik.

Untuk rekod, kerusi Parlimen Bentong telah menjadi kubu kuat MCA sejak Kerajaan Persekutuan ditubuhkan pada tahun 1958. Walau bagaimanapun, DAP telah menyandang tiga daripada empat kerusi DUN di kawasan Parlimen Bentong iaitu Bilut, Ketari dan Sabai, manakala Menteri Besar Pahang, DS Adnan Yaakob meruapakan penyandang DUN Pelangi. Menurut undi.info, daripada lebih daripada 60,000 pengundi yang keluar mengundi pada PRU ke-13, 45% adalah Melayu, 44% Cina dan 9% lagi India.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons