February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Agihan kerusi PH Selangor dijangka selesai Januari depan

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad memberitahu perbincangan berhubung agihan kerusi di Selangor dijangka dimuktamadkan pada akhir Januari depan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan penonton dalam slot Fokus yang disiarkan secara langsung di Oren TV semalam.

iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com

Menurutnya, rundingan antara komponen Pakatan Harapan bagi menentukan calon dari parti mana akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) melibatkan empat parti berbanding tiga sebelum ini.

“Masih lagi dalam proses (agihan kerusi). Dulu, kita mula tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Sekarang ini dalam Pakatan Harapan, kita ada empat parti.

“Dulu agih kepada tiga, sekarang nak agih antara empat. Ia akan selesai jika tidak hujung bulan Disember, sebelum akhir Januari,” katanya.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, rundingan tersebut perlu berjalan dengan pendekatan hormat-menghormati tanpa memperlekeh mana-mana parti.

“Masing-masing mesti saling menghargai bukan saling menghina. ‘Parti awak ini kecil tiada harapan, tiada kekuatan’. Itu tidak harus wujud.

“Kalau kita ada sikap begitu, susahlah tapi Alhamdulillah, setakat ini kita ada satu pendekatan saling menghormati dan kita akan mencapai kata sepakat,” jelasnya.

Sehubungan itu, Khalid berkata, parti mana yang memperoleh banyak kerusi ditandingi pada pilihan raya umum lalu harus bertolak ansur meskipun mengakui hal itu bukan mudah dilakukan.

Beliau turut berkongsikan pengalamannya berhubung agihan kerusi antara parti pembangkang sewaktu berada dalam Pas ketika PKR baharu sahaja ditubuhkan.

“Mana dapat banyak kerusi yang ditandingi, dia kena serah (kerusi). Nak serah itu bukan satu yang mudah. Mula-mula waktu PKR baru ditubuhkan, Pas pun tidak mahu serah kepada PKR. Parti barulah, ahli baru, petugas tiada.

“Tetapi hasil perbahasan, perbincangan dalam kalangan pimpinan Pas dan saya juga ketika itu terlibat memang kita yakinkan kena serahkan kepada PKR.

“Banyak kerusi yang kita serahkan kepada PKR dan Dr Hatta yang salah seorang pemimpin terlibat ketika itu dikutuk oleh sebahagian ustaz-ustaz muda sebagai pengkhianat Pas,” dedahnya.

potong jari

Tanpa menyebutkan nama pemimpin Pas yang sanggup mengerat jari sendiri jika Selangor dimenangi parti pembangkang, Khalid berkata, kesepakatan rundingan ketika itu terbukti membawa kejayaan.

“Pemimpin-pemimpin Pas kata kerusi-kerusi ini dipinjamkan kepada PKR tetapi kami yang sekarang ini semua berada dalam AMANAH kata, kita serah kepada PKR.

“Jangan kita tamak. Kita ada kekuatan di kawasan tertentu. Kawasan-kawasan lain kita serah kepada PKR.

“Biar dia (PKR) bertanding. Dia menang, kita menang bersama. Ada pemimpin Pas, saya tidak mahu sebut nama jika menang Selangor, aku potong jari.

“Terbukti dengan kerjasama itu, kita boleh menang. Lalu, kita kena ada satu kejujuran dalam soal agihan kerusi. Kita tahu kita ada kekuatan. Jangan kita macam Pas anggap kita kuat di semua tempat,” ujarnya.

Menegaskan kembali pentingnya semangat saling membantu dalam membincangkan agihan kerusi di Selangor, beliau menyifatkan AMANAH, PKR, Bersatu dan DAP saling melengkapi.

“Kita perlu saling bantu-membantu. Setiap satu parti itu penting, ada kekuatan di mana kalau kita gembleng (Pakatan Harapan) boleh menang.

“Hal ini ambil masa lagi untuk kita bincang dan percaya satu sama lain,” tambah khalid lagi.

mdl

Picture



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons