February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


LONDON 29 Dis. – Manchester United telah mengemukakan bidaan sebanyak 70 juta pound (RM382.4 juta) untuk mendapatkan bintang Juventus Paulo Dybala termasuk menawarkan khidmat pemain tengahnya, Henrikh Mkhitaryan.

Pengurusnya, Jose Mourinho dilihat begitu terdesak untuk memperkukuhkan pasukannya dan telah mengenal pasti bintang Argentina itu sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan Januari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu mempamerkan aksi luar biasa apabila meledak 15 gol dalam 27 penampilan bersama Juventus dalam semua perlawanan.

Bagaimanapun, Juventus enggan melepaskan Dybala namun pemain itu telah menyatakan hasrat untuk mencari cabaran baharu pada musim akan datang.

The Sun mendakwa Juventus telah menolak bidaan pertama United, malah kelab gergasi Serie A itu tidak berminat dengan tawaran membabitkan Mkhitaryan. -AGENSI



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons