February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Datuk Khairuddin Abu Hassan telah membuat laporan polis bahawa kakak dan adik pemilik syarikat Synergy Promenade yang didakwa merampas tanah FELDA bernilai RM270 juta adalah warga asing kerana mengikut laporan polis yang dibuatnya Ahli Lembaga Pengarah syarikat berkenaan mempunyai kad pengenalan berkod ’71’.

Bangganya Khairuddin sehingga memuat naik gambar sendiri dengan laporan polis berkenaan. Mengikut Khairuddin, Ahli Lembaga Pengarah iaitu Abd Rahman bin Soltan dan Noraini bte Soltan memegang yang memiliki kad pengenalan 660604-71-5095 dan 611102-71-5238 adalah warga luar negara. Khairuddin mendakwa pemimpin-pemimpin UMNO telah mengkhianati warga FELDA dengan menjual tanah negara kepada orang asing!

Kalau pembangkang, hukum karma mesti bodoh. Untuk pengetahuan, kepada sesiapa yang lahir di Singapura sebelum Singapura dikeluarkan dari Malaysia pada 09/08/1965 dan menetap terus di Malaysia maka secara automatik adalah warganegara Malaysia. Kod ’71’ ialah untuk warga Malaysia yang dilahirkan di Singapura sewaktu Singapura masih dalam Malaysia.

Untuk rekod, DS Dr Wan Azizah Wan Ismail (521203-71-5190), Menteri Besar Selangor DS Mohamad Azmin Ali (640825-71-5269), Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution (631207-71-5005), Ketua Wanita PKR Zuraida Zakaria (580314-71-5206) kesemuanya mempunyai kad pengenalan berkod ’71’. Adakah mereka juga warga asing? Kalau ya, Rakyat perlu menanggung akibat kerana melantik warga asing menjadi Wakil Rakyat!

Khairuddin … Khairuddin … Asal masuk pembangkang mesti kena jadi bodoh ka?



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons