February 18, 2018
You can use WP menu builder to build menus


‘Self Proclaimed Top Dog Pakatan Harapan’, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah menularkan video ceramah Ketua Penerangan UMNO, TS Annuar Musa di Kelantan yang terkandung laungan “Umno lillahi taala (kerana Allah Taala)”. Dipetik portal Malaysiakini di sini, Tun Dr Mahathir berkata,

Kata Annuar Musa, UMNO Lillahi Taala atau UMNO kerana Allah. Saya nak tanya apakah UMNO mencuri kerana Allah, UMNO menipu kerana Allah, UMNO makan suap dan UMNO sogok duit kerana Allah?

Tun Dr Mahathir menyindir TS Annuar Musa dengan berkata UMNO sudah curi “Lillahi Taala”. Sejak bila “Lillahi Taala” menjadi hak cipta Tun Dr Mahathir sehingga orang lain tidak berhak untuk menggunakannya? Mungkin pada zaman pemerintahan beliau selama 22 tahun, Tun Dr Mahathir tidak tahu kebanyakan orang Islam yang melakukan kerja politik dengan ikhlas demi Agama, Bangsa dan Negara kerana Allah SWT. 

Itulah sebabnya mungkin itualah sebabnya Tun Dr Mahathir mengungkapkan perkataan di bawah, kerana itu yang dilakukan oleh beliau selama ini.

Apakah UMNO pindah pengundi, tukar tempat mengundi, tukar sempadan untuk mencuri pengundi Melayu, UMNO seleweng undi pos kerana Allah.

Apa salahnya TS Annuar Musa atau mana-mana ahli dan penyokong UMNO melaungkan “Lillahi Taala” jika niat berpolitik memang untuk menegakkan syiar agama? Mungkin Tun Dr Mahathir tidak biasa melakukan usaha untuk Allah SWT? Mungkin agaknya dahulu Tun Dr Mahathir berjuang dalam UMNO untuk kayakan kroninya atau untuk anak-anaknya jadi ‘billionaire’? 

Ataupun Tun Dr Mahathir menyangka laungan “Lilahi Taala” adalah proses ‘Arabisation’ yang selalu dikritik oleh anaknya Marina? Walau bagaimanapun, terima kasih Tun kerana mengulas dan menularkan video di atas. Saya tidak pasti apa perjuangan Tun Dr Mahathir dulu. Bagi kami sekarang, perjuangan UMNO memang “Lillahi Taala”. Demi Agama, Bangsa dan Negara. Bukan untuk menjadikan kroni dan anak menjadi ‘billionaire’.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons