February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA TERENGGANU 30 Dis. – Seramai 866 nelayan dan buruh dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Takir hari ini menerima bantuan sumbangan anak syarikat kerajaan negeri, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) dengan kerjasama Etiqa Takaful Berhad.

Melalui program di bawah tanggungjawab sosial korporat itu, selain wang bernilai RM300 setiap seorang, EPIC dan syarikat insurans itu membawakan lebih kegembiraan dengan turut mengagihkan barangan keperluan harian sebanyak RM100, membabitkan dana keseluruhan berjumlah RM346,400.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, program bantuan di ambang tahun baharu itu bertujuan membantu meringankan lagi beban terutama dalam musim tengkujuh kini yang membataskan mereka untuk meraih pendapatan.

“Dalam sehari dua lagi sesi persekolahan 2018 akan bermula, jadi diharap (bantuan ini) dapat digunakan untuk menyelesaikan keperluan anak-anak dan keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berkenaan di Dataran Permata, di sini petang tadi.

Yang hadir sama, isterinya, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Noor Fadzil Mohamed Nor dan Pengurus Cawangan Etiqa Takaful Berhad Kuala Terengganu, Harman Noor Abdul Malek.

Menurut Ahmad Razif, mana-mana nelayan dan buruh yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut akan dikenal pasti oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) masing-masing.

Beliau memberitahu, pihaknya akan mempertimbangkan kes-kes rayuan bagi mereka yang terlepas bantuan tersebut.

Terdahulu, Ahmad Razif turut menyampaikan cek bagi pembelian alat fisioterapi bernilai RM119,434 sumbangan EPIC kepada Pusat Hemodialisis Seberang Takir.

Alatan itu termasuk HUR 8000 Pulley, HUR Leg Extension/Curl, Kettler Cross M Trainer, XFT Foot Drop System dan Flexband roll. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons