February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Jika kita merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir semasa perhimpunan agung PPBM hari ini, beliau tidak menyentuh isu calon PM. Begitu juga dengan Muhyiddin Yassin.


Padahal, semua orang tahu bahawa Muhyiddin seperti telah dipermain-mainkan oleh Mahathir yang pada awalnya mengangkat Muhyiddin sebagai calon PM.

Mahathir juga minta maaf tapi tidak ikhlas langsung dan tidak ditujukan kepada mana-mana kemungkaran yang beliau lakukan sebelum ini. Apa gunanya jika beliau hanya minta maaf kepada perwakilan yang hadir sahaja sedangkan ada 31 juta rakyat di luar dewan tersebut.

Masih terngiang jelas di telinga kita ini apabila Mahathir Mohamad dengan lantangnya melabelkan Lim Kit Siang sebagai rasis dan pelampau perkauman. Kit Siang pula mengatakan bahawa Mahathir Mohamad adalah rasis nombor satu dalam Malaysia. Bagi Kit Siang, Mahathir adalah penjaham negara ini.

Anwar Ibrahim pula berkata bahawa Mahathir Mohamad adalah perasuah besar merompak kekayaan negara dan beliau turut menyarankan agar keluarga Mahathir yang kaya raya disiasat.

Apakah dengan meminta maaf maka segala yang diperkatakan oleh Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim itu hilang dan rakyat diperbodohkan begitu sahaja selama ini?

Ironinya sekarang, pelampau perkauman, rasis nombor satu, penjahanam negara dan perasuah besar ini yang menerajui PPBM dan Pakatan Pembangkang serta mahu mentadbir negara. Mereka ini juga bercakap menentang rasuah, kronisme, salah guna kuasa dan anti-rasis.

Di manakah logiknya semuanya ini?

Dalam masa yang sama, Lim Kit Siang yang bercita-cita untuk memegang jawatan tertinggi bukan satu perkara yang baharu. Beliau berbohong dan hipokrit jika menafikannya.

Lim Kit Siang telah melancarkan beberapa siri projek Tanjung di beberapa pilihanraya umum untuk memastikan cita-cita beliau memegang jawatan tertinggi di Pulau Pinang tercapai.

Projek Tanjung Satu gagal pada pilihanraya umum 1986. Kit Siang isytiharkan pula Tanjung Dua untuk pilihanraya umum seterusnya. Parti tersebut menang besar pada pilihanraya umum 1990 dengan menafikan majoriti dua pertiga kerajaan BN ketika itu.

Daripada 10 kerusi DUN yang dimenangi pada tahun 1986, parti tersebut meraih 14 kerusi DUN pada tahun 1990. DAP bernafsu lebih besar di Pulau Pinang.

Tetapi cita-cita Kit Siang masih tidak tercapai. Tanjung Tiga pula dilancarkan.

5 tahun seterusnya telah menyaksikan modus operandi parti DAP yang lebih ekstrim. Mereka mengapi-apikan sentimen perkauman yang lebih melampau, persisten anpa segan malu supaya kaum Cina benci dan menolak BN. Strategi character assasination terhadap Ketua Menteri ketika itu bertambah jelas.

Kit Siang melancarkan serangan dengan mendakwa kononnya Koh Tsu Khoon adalah seorang Ketua Menteri yang tiada kuasa. Propaganda Kit Siang ketika itu ialah memburuk-burukkan kepimpinan UMNO negeri dengan mendakwa UMNO adalah Ketua Menteri yang sebenarnya.

DAP menggunakan karakter ‘Robocop’ untuk memperlekehkan kepimpinan UMNO negeri serta melambangkan seorang Ketua Menteri daripada parti DAP yang berkuasa penuh iaitu Lim Kit Siang. Poster-poster Lim Kit Siang dengan perkataan ‘CM with Power’ dan karakter Robocop dinaikkan di Pulau Pinang.

Walaubagaimana pun, keangkuhan dan kebongkakan parti DAP yang over confident itu memakan diri sendiri.

Pada pilihanraya umum 1995, DAP malu besar apabila hanya menang satu kerusi DUN manakala Lim Kit Siang dikalahkan oleh Koh Tsu Khoon. Tsu Khoon mendapat undi majoriti yang besar iaiatu 7,703 undi.

Semasa pilihanraya umum itulah Kit Siang melafazkan janji untuk bersara sepenuhnya daripada politik.

Ironinya, bibit-bibit keangkuhan dan kebongkakan kepimpinan DAP pada era 90-an itu diulangi oleh kepimpinan DAP hari ini.

Kerajaan DAP negeri bertambah angkuh dan berkonfrontasi dengan banyak pihak bukan hanya UMNO dan Barisan Nasional.

Nafsu besar parti DAP untuk merebut jawatan tertinggi dalam kerajaan juga tidak boleh dinafikan oleh parti tersebut.

Satu lagi bukti ialah tindakan Lim Kit Siang yang membantah perlantikan Ir Nizar Jamalauddin sebagai Menteri Besar Perak selepas pilihanraya umum 2008. Malah, veteran itu turut memboikot majlis angkat sumpah Menteri Besar.

Ketika itu, parti DAP mempunyai kerusi majoriti di dalam kerajaan campuran yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS.

Senario di Perak dan keangkuhan parti DAP ini merupakan satu doktrin yang parti DAP berkemungkinan besar akan membolot jawatan Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang pada PRU14 nanti.

Parti tersebut hampir pasti memiliki kerusi parlimen yang tertinggi jika dibandingkan dengan parti PAN, PPBM dan PKR

Kerana itu DAP dan sekutunya mesti ditolak pada PRU14 nanti.

SHARE ARTICLE :



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons