February 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Tindakan PKR yang meletak syarat jika mahu Tun Mahathir dicalonkan menjadi Perdana Menteri Sementara Pakatan menyebabkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ‘naik angin’.

Seorang Ahli Majlis Tertingginya membidas PKR dengan memberi peringatan agenda Pakatan itu bukan perjuangan seorang individu bernama Anwar yang dilabelkan sebagai Si Ketua Penipu itu.

“Ini gabungan PH, semua kena berbincang dan memuktamadkan keputusan, bukan dengan PKR yang menentujan syarat dan cara gabungan ini diuruskan. Kami tidak mahu PH dilihat sebagai satu gabungan untuk Anwar,” beliau dipetik berkata.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM itu memberi respon susulan laporan kononnya PKR meletak syarat sebelum bersetuju untuk menamakan Mahathir sebagai calon PM sementara.

Difahamkan, dalam satu mesyuarat biro politik baru-baru ini, PKR meletak syarat kepada Mahathir yang antaranya menggesa agar Si Ketua Penipu itu dibebaskan segera dan dilantik menjadi PM.

PKR juga juga mahu Tun Mahathir berjanji bahawa dia hanya akan menjadi Perdana Menteri Sementara sehingga Si Ketua Penipu itu mengambil alih tampuk pemerintahan Negara. 

Malah, dari apa yang dilaporkan, Tun Mahathir juga perlu menandatangani syarat-syarat yang dikemukakan oleh PKR tersebut sebelum parti itu bersetuju dengan pencalonannya sebagai Perdana Menteri.




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons