February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


PULAU PINANG 30 Dis. – Selepas hampir dua bulan ditutup kerana bencana tanah runtuh dan pokok tumbang, pusat pelancongan popular Bukit Bendera di sini dibuka semula kepada orang ramai bermula hari ini.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP), Cheok Lay Leng berkata, operasi kereta api kabel atau funikular Bukit Bendera kini beroperasi semula selepas kerja-kerja pembersihan akibat bencana itu selesai sepenuhnya.

Menurut beliau, perkhidmatan funikular itu terpaksa dihentikan selepas kawasan berkenaan diklasifikasikan sebagai ‘zon merah’ akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang ketika bencana banjir besar melanda negeri ini 5 November lalu.

“Kita bekerjasama dengan pelbagai agensi berkaitan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membersihkan kesan-kesan tanah runtuh dan pokok tumbang yang menyebabkan semua akses ke puncak Bukit Bendera terhalang,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas perasmian pengoperasian semula perkhidmatan itu di Bukit Bendera, di sini hari ini.

Sekurang-kurangnya 194 kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang dilaporkan berlaku di Bukit Bendera dan kawasan sekitarnya dalam kejadian banjir besar 5 November lalu sekali gus menyebabkan puncak bukit berkenaan terputus hubungan sepenuhnya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons