February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

Post Pic

 

 

BENTONG: Remaja perempuan yang didakwa dilarikan seorang lelaki
menyamar sebagai anggota polis kelmarin, ditemui selamat di Raub,
semalam.

 

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Nur
Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, ditemui pada 11.05 pagi semalam di
sebuah stesen bas selepas dia menghubungi anggota keluarganya dan
memaklumkan dia berada di bandar tersebut.

 

“Mangsa mendakwa telah menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Raub dan
sejurus diambil di stesen bas berkenaan dia dibawa ke Hospital Raub dan
Kuala Lipis untuk pemeriksaan,” katanya lapor Bernama.

 

Wan Mohd Zahari berkata polis masih berusaha mengesan suspek yang
dipercayai menyamar sebagai seorang sarjan yang baru bertugas di Balai
Polis Sungai Ruan ketika melarikan mangsa.

 

“Kita harap masyarakat tidak membuat spekulasi atau andaian berhubung
kes ini dan beri peluang kepada polis untuk menjalankan siasatan,”
katanya.

 

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun
Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam.

 

Media sebelum ini melaporkan Nur Syaminn, pelajar di sebuah sekolah
menengah di sini, dipercayai dilarikan lelaki yang memperkenalkan diri
sebagai Faiz dan ‘bertugas’ di Balai Polis Sungai Ruan.

 

Ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, berkata sebelum kejadian, anaknya
keluar membeli buku sekolah untuk adiknya kira-kira jam 11 pagi.

 

Nur Syaminn kemudian bertemu dengan lelaki yang meperkenalkan diri
sebagai polis yang meminta pertolongannya untuk membawa motosikal baru
dibelinya di sebuah premis di Sungai Ruan.

 

Wan Maziah berkata, kira-kira jam 3 petang dia menerima panggilan dari
anaknya yang memberitahu dia berada di Gua Musang, Kelantan bersama
lelaki itu.

 

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons