February 23, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Dua kanak-kanak mengaku warga Rohingya mandi di kolam pancuran air yang terletak di Taman Kerang, Jalan Mahkota Kuantan kira-kira pukul 9.00 pagi tadi.

Dalam video berdurasi satu minit itu memaparkan seorang lelaki lebih awal menegur kanak-kanak tersebut yang sedang seronok mandi, walau bagaimanapun mereka tidak ‘makan saman’ dan enggan beredar.

Kemudian, lelaki yang merakam video itu menghampiri kolam berkenaan dan menegur kanak-kanak itu yang hanya berseluar pendek dengan nada suara tinggi.

Selepas ditanya, kanak-kanak tersebut mengaku warga Rohingya sebelum beredar dari kawasan rekreasi Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu.

Kolam tersebut dibina oleh MPK  terletak bersebelahan dengan padang di tengah-tengah pusat bandar Kuantan merupakan kolam hiasan dan tidak dibuka sebagai tempat untuk bermandi-manda.

Video tersebut tular sehingga menerima reaksi daripada kira-kira 2,100 serta dikongsi seramai 1,905 pengguna dan dikecam menerusi 405 komen selepas lapan jam dimuatnaik ke Facebook oleh pemilik akaun Azmi Cater. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons