January 16, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh Nur Atiqah Samad dan Athirah Hanapiah
Post Pic

 

 

SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr
Mahathir Mohamad membidas mufti-mufti kerana  gagal menegur PAS yang
didakwanya mengkafirkan sesiapa yang tidak menyertai PAS.

 

“Saya ingin bertanya kepada mufti-mufti yang menjadi penasihat kepada
raja, apabila PAS mendakwa bahawa orang yang tidak sertai PAS tu kafir,
kenapa mufti-mufti tak betulkan kenyataan itu? 

 

“Mereka berdiam seribu bahasa, seolah-olah mereka setuju dengan
pendapat parti PAS. Kalau mereka setuju dengan PAS, mereka tak masuk PAS
maka mereka juga kafir,” katanya dalam ucapan penggulungan perhimpunan
agung PPBM hari ini.

 

Dr Mahathir mendakwa sikap berdiam diri mufti ini juga telah membuahkan
Amanat Hadi yang semakin menghangatkan polemik isu kafir mengkafir. 

 

“Orang yang dinasihati mufti kita juga kafir tapi tiada yang berani
cakap (tegur) diam seribu bahasa sampaikan Amanat Hadi dikeluarkan dan
pengikut-pengikut Ibrahim Libya merancang kononnya menggunakan
pemberontakan bersenjata untuk menjatuhkan kerajaan.

 

“Apa yang kita lihat adalah peristiwa Memali yang mana pengikut Ibrahim
Libya membunuh 4 orang polis kerana pada mereka polis ini adalah kafir
yang bekerja dengan kerajaan kafir. 

 

“Inilah hasil daripada fatwa yang dikeluarkan ahli politik yang tak
ditangkis oleh mufti-mufti. Saya fikir mufti-mufti patut
bertanggungjawab kenapa berlaku peristiwa Memali? Ia tidak akan berlaku
kalau awal-awal lagi mufti-mufti mencabar kenapakah Amanat Hadi tidak
disangkal oleh mereka,” ujar Dr Mahathir.   

 

Peristiwa Memali tercetus pada 19 November 1985 iaitu pada era
pemerintahan Dr Mahathir, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan
seorang guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim
Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.

 

Pertempuran antara pihak keselamatan dengan penduduk kampung akhirnya
mengorbankan 18 orang termasuk guru agama itu beserta empat anggota
polis, dengan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan
beratus-ratus orang.

 

PAS sebelum ini mengkritik Dr Mahathir kerana menyebabkan perpecahan
orang Melayu serta meminggirkan isu-isu kepentingan Islam.  

 

PAS menafikan ia mengkafir orang Melayu yang tidak menyokong
perjuangannya dan menuduh Dr Mahathir sebagai menyebarkan fitnah.  



Source link

admin

One Comment

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons