January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini secara rasmi
mengumumkan bahawa hubungan parti itu dengan PAS sudah berakhir dan
tiada lagi sebarang rundingan kerjasama dengan parti Islam berkenaan.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan
pengulungannya pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu lewat petang ini
berkata, keputusan itu diambil kerana gagal mencapai kata sepakat
disebabkan parti itu menolak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Mukhriz berkata sebelum ini beliau ditugaskan parti untuk menjalinkan
hubungan kerjasama politik dengan PAS, namun menemui jalan buntu
apabila PAS dakwanya lebih cenderung kepada UMNO.

‘Pemimpin tinggi PAS kebelakangan ini mesra Umno. Mereka menyatakan
nak tanding 100 kerusi Parlimen dan berpuas hati jika menang 40 kerusi
Parlimen tidak mampu tubuh kerajaan hanya nak jadi kuasa penentu apabila
keputusan belah bagi antara Pakatan Harapan dan BN.

“Ini menunjukkan kepimpinan PAS tidak berprinsip. Tidak ada kekuatan untuk tolak kleptokrasi.

“Isu tanah Felda PAS kata untuk selesaikannya amat mudah tidak perlu
tubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja), maka dengan itu PPBM buat
keputusan untuk putus rundingan dengan PAS,” katanya dilaporkan portal
pro-Amanah, Malaysia Dateline.

Dengan pengumuman itu, Mukhriz berkata PPBM bersedia bertanding tiga penjuru dalam PRU 14 nanti.

“Malah kita (PPBM) sanggup berhadapan tiga penjuru dengan PAS.

“Kita yakin usaha gigih kita tarik sokongan rakyat untuk menang
majoriti undi perlu memihak pada PH, setiap satu undi itu berharga buat
PH,” ujarnya lagi.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons