January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Hari ini Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena membuat pengumuman keluar dari parti PAS berkuatkuasa pada jam 11.59 malam 31 December 2017. Selain Mahfuz, isteri dan anak-anaknya juga keluar dari parti itu.

Ketika membuat pengumuman Mahfuz berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik buat masa terdekat dan akan menjadi Ahli Parlimen bebas.


Mahfuz sebelum ini dilaporkan sering bercanggahan pendapat dengan pendirian PAS Pusat yang tidak mahu menjalin sebarang kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

Selepas berkali-kali menyatakan perbezaan secara terbuka dan mengkritik kepimpinan Tuan Guru Hadi Awang, Mahfuz dilaporkan tidak akan dicalonkan oleh PAS di mana-mana kerusi termasuklah di kerusi yang disandangnya di Kedah, iaitu Parlimen Pokok Sena disebabkan kelantangan suaranya itu.

Dalam perkembangan berkaitan, meskipun tidak menyebut nama sesiapa tetapi ramai percaya status Facebook terkini Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Timbalan Presiden PAS ditujukan kepada Mahfuz Omar.

“Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli.
Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelor dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,”
katanya dalam satu kenyataan.

Harumanis ialah sejenis buah mangga yang berasal dari Perlis, merujuk kepada kulit yang hijau (PAS) tetapi isinya oren (Amanah).



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons