April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


 

Bersatu ingatkan PKR berhati-hati terima masuk 6 Adun Pas

Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengingatkan rakan parti gabungan
dalam Pakatan Harapan agar berwaspada dengan permainan politik Pas
sekiranya berlaku Adun Pas menyertai PKR di Selangor.

Pengerusi Bersatu Negeri Selangor Datuk Abdul Rahman Asari berkata,
beliau merujuk kepada pengalaman Bersatu mengadakan rundingan kerjasama
dengan Pas akhirnya menemui kegagalanwalaupun tiga kali rundingan
diadakan.

“PPBM nak beritahu PKR pengalaman dengan Pas ketika berunding untuk
kerjasama dalam PH sebanyak tiga mesyuarat yang kami diadakan.

“Apa yang menarik ialah pada mulanya semua berjalan lancar tetapi
bila sampai masa untuk menandatangani perjanjian Pas tarik ‘hand break’
kata Tuan Ibrahim (Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man),
Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tak mahu bagi kerjasama
dengan PPBM tanpa bersyarat.

“PPBM seolah-olah dipermainkan Pas.Segalanya kerana Hadi bukannya
Tuan Ibrahim. Sebab itu kita nak bagi tahu pada PKR jangan percaya
dengan Pas.

“Dibimbangi di Selangor ini mereka (Adun Pas) beriya-iya nak sangat
masuk PKR atau bertanding atas tiket PKR tetapi pada pilihan raya mereka
bersama Pas.

“Mungkin juga mereka boleh bekerjasama dengan BN. Kita tidak tahu BN
yang bertanding atau Pas yang bertanding di saat akhir,” ujarnya kepada
Malaysia Dateline ketika ditanyaa mengenai desas-desus Adun Pas akan
sertai PKR.

Beliau juga mengesahkan, di dalam pengetahuannya sebagai Pengerusi Bersatu Negeri Selangor, hanya 6 Adun Pas akan menyertai PKR.

Bagaimanapun katanya lagi, sewajarnya mereka tidak ditawarkan sebagai
calon pilihan raya kerana parti dalam gabungan PH juga mempunyai calon
pilihan sendiri.

“”Walaupun dah tersebar desas-desus Adun Pas nak masuk PKR tapi yang sahih cuma 6 Adun saja.

“Jika mereka masuk PKR sebagai ahli baharu sebenarnya mereka tidak
layak bertanding di kawasan sama. Mana boleh mereka bertanding di
kawasan sama kita pun ada calon sendiri.

“Kalau PKR menerima kemasukan 6 Adun Pas ini bermakna pertambahan
kerusi Dun daripada 15 kepada 21 kerusi PKR. Manakala parti lain
terutama PPBM dan AMANAH akan dapat kurang kerusi. DAP kekal dengan 15
kerusinya,”ujarnya.

Abdul Rahman turut memberitau PH Selangor akan mengadakan mesyuarat
pada 3 Januari ini antara agendanya untuk membincangkan kemungkinan
kemasukan 6 Adun Pas dalam PKR.

“Hasrat 6 Adun Pas itu telah pun dimaklumkan kepada parti gabungan
dalam mesyuarat yang diadakan bersama Pakatan Harapan Selangor pada
minggu lalu.

“Bagaimana pun ia masih lagi dalam proses rundingan antara PKR dengan Pas dan PKR dengan PH,”ujarnya lagi.

Ditanya sama ada dalam mesyuarat itu dimaklumkan 6 Adun Pas itu
ditawarkan bertanding atas tiket PKR atau mereka rela hati untuk keluar
Pas dalam menghadap PRU14 akan datang tanpa sebarangkerusi?

“Itu saya tidak pasti mengapa 6 Adun itu memilih PKR kerana sebabnya tidak dibincangkan masa mesyuarat diadakan itu.

“Besar kemungkinan mereka menyedari, nama mereka tidakdicalonkan oleh
Presiden Pas untuk PRU akan datang dan terkait dengan keputusan Pas
Pusat menolak kerjasama dengan DAP, tetapi mereka masih berhajat untuk
bertanding.

“Sama ada mereka bersedia masuk PKR dengan bersyarat atau sukarela
masuk PKR, mereka tidak boleh dianggap akan membantu PH Selangor untuk
menang pilihan raya memberikan mereka kerusi.

“Jika mereka nak kekalkan kerusi yang pernah dimenangi dulu, saya
fikir sudah pasti rakan dalam PH tidak boleh terima. Mungkin parti lain
akan masuk bertanding, maka akan berlaku tiga penjuru.

“Apa yang PH Selangor sedang usahakan selama ini bekerjasama untuk mengelak daripada berlakunya tiga penjuru.

“PH sedang dalam perbincangan sama ada kita (PH) akan benarkan PKR
terima masuk 6 Adun ini atau kita akansepakat beritahu kita tidak
bersetuju,” ujarnya lagi.

Desas-desus kemasukan Adun Pas itu mula tersebar sejak awal Disember
lalu dan dilaporkan media namun,Pas menafikan perkara itu berlaku dan
tidak mungkin berlaku.

Naib Presiden Pas yang juga Adun Chempaka Datuk Iskandar Abdul Samad
dalam kenyataannya pada 23 Disember lalu, dipetik berkata, beliau yakin
100% wakil rakyat Pas Selangor akan setia kepada Pas dan beliau
menafikan apa yang dilaporkan media adalah tidak benar.

Ia hanya khabar angin yang sengaja digembar-gemburkan pihak lawan untuk mendapat sokongan rakyat di negeri itu.

Namun Pengarah Komunikasi AMANAH yang juga Ahli Parlimen Shah Alam
Khalid Samad pula berkata, 13 Adun Pas kini menghadapi dilema kerana
kurang senang dengan keputusan Pas Pusat keluar daripada Pakatan Rakyat
(PR) apabila memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.

Ini jelas katanya, berdasarkan surat yang telah ditandatangani
kesemua 13 Adun Pas meminta supaya Pas Selangor dikecualikan dari dasar
Pas Pusat untuk memutuskan hubungan dengan PR.

Oleh itu Khalid berpandangan sudah ada di kalangan Adun Pas Selangor
yang berhasrat keluar Pas.
Mereka merupakan golongan pro-kerjasama
dengan pakatan, sama ada Pakatan Rakyat (PKR dan DAP) atau Pakatan
Harapan (PKR,DAP,AMANAH, Bersatu).

Pas Selangor pada Ogos lalu turut mengumumkan untuk bertanding
sekurang-kurangnya di 42 kerusi Dun Selangor, termasuk kerusi yang
disandang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Dun Kajang)
dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen
Gombak.

Namun Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR itu menafikan
bahawa terdapat perbincangan rasmi antara PKR dengan Pas berhubung
pembahagian kerusi di negeri itu berlaku.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons