January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Ustaz Zolkharnain Abidin

KALAU NAK MENGATA MAHFUZ PUN, PANDANGLAH KIRI KANAN DAN SELAKLAH DIRI SENDIRI DULU

Kalau ia pun Timbalan Presiden Pas nak komen Mahfuz keluar Pas, komenlah dengan lebih manis. Mahfuz bukan anak kecil dalam Pas. Dia masuk Pas bukan pada era gemerlapan seperti era Timbalan Presiden Pas masuk Pas.

2. Mahfuz bergelumang dengan Pas jauh lebih awal daripada Timbalan Presiden Pas. Ketika Timbalan Presiden Pas masih bersandiwara agama dalam Forum Perdana RTM, Mahfuz sudah pun makan gas pemedih mata FRU.

2. Ketika Timbalan Presiden Pas makan elaun forum perdana ribu-ribuan, Mahfuz ke hulu ke hilir berceramah dengan saguhati RM30. Dia sara hidupnya dengan saguhati itu.

3. Ketika Timbalan Presiden Pas tidur di hotel berbintang-bintang sediaan penganjur forum perdana, Mahfuz tidur di bawah meja mesyuarat di bilik mesyuarat Pejabat Pas Taman Melewar.

4. Ketika Timbalan Presiden Pas masih berlembut lidah bercakap agama jaga hati Umno dalam forum perdana mengikut skrip RTM, Mahfuz sudah pun hentam BN berapi-rapi dalam ceramahnya.

5. Ketika Timbalan Presiden Pas berforum perdana di bawah lampu limpah stadium di hadapan ramai orang, Mahfuz sudah pun berceramah berdepan pokok kelapa sawit dan tengah hujan (ini pengalaman aku bersama Mahfuz).

6. Pendek kata, pedih, payah, susah, lelah Mahfuz bersama Pas jauh lebih awal daripada Tim Pres Pas. Air mata Mahfuz tumpah kerana Pas lebih banyak daripada Timbalan Presiden Pas. Peluh Mahfuz kerana Pas lebih lencun berbanding Timbalan Presiden Pas.

7. Tiba-tiba apabila Mahfuz keluar Pas, Timbalan Presiden Pas kata Mahfuz ibarat buah busuk yang tak berguna. Fuhh… Sedapnya mulut. Buah busuk tidak berguna itulah yang mengusung Pas ke sana sini sehingga nikmatnya dirasa oleh Timbalan Presiden Pas sekarang.

8. Jangan lupa, jasa Mahfuz dalam politik diiktiraf apabila dia dianugerah datuk. Anugerah itu kerana jasa dalam politik bukan jasa dalam Forum Perdana RTM seperti Timbalan Presiden Pas itu.

9. Nak mengata orang pun, tengoklah kiri kanan dulu.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons