January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


REMBAU 2 Jan. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun lemas manakala dua lagi rakannya dikhuatiri hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Pedas di Kampung Merbau 9, di sini pada pukul 6 petang tadi.

Mayat Muhammad Iqqmal Haziq Muhammad Nozili, 12, ditemukan di lokasi berhampiran kira-kira pukul 10 malam.

Dua lagi mangsa iaitu Muhammad Alis M Sadri, 15 dan Muhamad Syafiq Rosli, 15 masih belum ditemukan.

Difahamkan, mereka pergi ke sungai itu bersama seorang lagi rakan untuk mandi dan menjala sebelum kejadian berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 6.52 petang.

Katanya, seramai 30 anggota telah bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat.

“Mayat salah seorang kanak-kanak sudah ditemukan dan kerja mencari dua rakannya masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons