January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus




KUALA LUMPUR : Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diadakan baru-baru ini dilaksanakan mengikut perlembagaan parti.

Menurut Setiausaha Agungnya Dr Shahruddin Md Salleh, PPBM tidak mengadakan persidangan cawangan kerana setakat ini belum ada satu cawangan pun yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

“PPBM pada waktu ini masih dalam proses mendaftarkan cawangan-cawangan di seluruh negara,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook.

Selain itu, Dr Shahruddin berkata persidangan di peringkat bahagian juga tidak diadakan kerana menurut tafsiran perlembagaan PPBM, persidangan bahagian hendaklah diadakan setelah bahagian-bahagian cukup tempoh setahun penubuhannya.

“Tarikh paling awal bahagian PPBM didaftarkan dengan mendapat Sijil Pendaftar Pertubuhan ialah pada 24 Julai 2017.

“Ini bermakna, bahagian PPBM yang paling awal didaftarkan akan genap tempoh setahun penubuhannya pada 24 Julai 2018. Selepas itu barulah boleh diadakan persidangan bahagian untuk memilih perwakilan ke Perhimpunan Agung,” kata beliau.

Tambah Dr Shahruddin, Timbalan Menteri dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed sepatutnya boleh memperolehi fakta ini dengan mudah daripada pejabat Pendaftar Pertubuhan jika beliau membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.

“Sebagai seorang Timbalan Menteri di sebuah kementerian yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal pertubuhan, beliau sepatutnya bersikap lebih profesional.
“Ternampak jelas bahawa kenyataan beliau itu tidak bersasaskan fakta yang tepat, tetapi dibuat dengan bermotifkan politik,” kata beliau.

Nur Jazlan sebelum ini menyatakan bahawa Perhimpunan Agung Tahunan PPBM yang telah berlangsung pada 30 Dis tahun lepas tidak mengikut perlembagaan parti.

Ini kerana menurut beliau PPBM tidak mengadakan persidangan di peringkat bahagian dan cawangan terlebih dahulu sebelum Perhimpunan Agung diadakan. – Astro Awani



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons