January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Manzaidi Mohd Amin

Ahmad Bashah Md Hanipah


KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah
Md. Hanipah dilaporkan terkejut dengan berita kenaikan harga baharu
tambang feri ke Langkawi.

Beliau dikatakan mengarahkan Setiausaha Sulitnya, Datuk Armishah
Siraj dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir. Nawawi Ahmad menyelesaikan
segera perkara itu dengan pengusaha feri.

MalaysiaGazette difahamkan, Ahmad Bashah dan kerajaan negeri
Kedah tidak tahu menahu dengan kenaikan tambang baharu itu yang
membebankan orang ramai.

Semalam, sebuah akhbar melaporkan, harga baharu tambang feri ke
Langkawi dinaikkan RM3 bagi pembelian tiket di kaunter bermula hari ini.

Tambang tambahan itu adalah bagi perjalanan sehala sama ada dari jeti
Kuala Kedah atau Kuala Perlis, manakala pembeli tiket dalam talian
tidak dikenakan caj itu.

Kenaikan itu mendapat bantahan orang ramai yang menyifatkan kadar
tambahan itu terlalu tinggi dan naik secara mendadak. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons