April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad, melabelkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, Hadi hanya menggunakan Islam kerana pernah mendakwa kerajaan sebagai kafir dan wajar ditentang lapor Berita Harian Online hari ini.

Portal itu melaporkan kenyataan Mahathir yang dipetik sebagai berkata : “Hadi adalah orang yang hanya menggunakan Islam. Dia pernah kata kerajaan kafir dan perlu ditentang, jika anda mati dalam penentangan itu, anda akan masuk syurga.

“Itu yang dijanjikan (Hadi) dan ia bertentangan dengan ajaran Islam, namun mereka yang pakar agama hanya berdiam diri.

“Mengikut kata PAS, jika kamu bekerjasama dengan kafir, kamu akan menjadi kafir.

“Jadi sekarang dia bekerjasama dengan UMNO dan sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP, jadi dia ‘mengkafirkan’ diri sendiri,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Menurut portal itu lagi, Dr Mahathir dipetik berkata, langkah PAS bertanding sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang tanpa gabungan mana-mana parti pembangkang lain hanya membantu kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Hadi tahu PAS akan kalah di kebanyakan kerusi ditandingi mereka dan langkah ini hanya membantu Najib untuk menang dengan memecahkan undi pembangkang… itu niat dia dan ia tidak Islamik.

“Dalam bahasa Melayu, kita panggil itu sebagai pengkhianat kerana itu adalah dia (Hadi). Dia akan pergi bertanding di mana dia tahu akan kalah dan dia tahu kesan daripada pertandingan itu,” katanya. 

Ketika diminta untuk mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO susulan kenyataan beliau ingin menggulingkan Perdana Menteri, Dr Mahathir mempertahankan pendirian itu dengan menekankan kerajaan yang teruk wajar digulingkan.

“Di seluruh dunia kita lihat rakyat menggulingkan kerajaan. Jika anda ada kerajaan yang teruk, gulingkan. Ia proses demokratik tapi budak-budak (Pemuda UMNO) tidak faham politik,” katanya.

Mengenai tindakan beberapa bahagian PPBM mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat mesyuarat agung tahunan (AGM) yang didakwa tidak sah dan melanggar perlembagaan, Dr Mahathir berkata, tiada apa-apa kenyataan dikeluarkan ROS berhubung AGM itu.

“Kalau tidak betul, tolong minta ROS buat kenyataan rasmi kata AGM itu tidak sah.

“ROS tidak kata apa-apa, tapi orang ini lebih pandai daripada ROS,” katanya sambil memaklumkan PPBM mempunyai sebab tidak mengadakan mesyuarat cawangan dan bahagian sebelum AGM diadakan.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons