January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


ANTARAPOS

 

KUALA LUMPUR:
Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang dijadualkan pada Sabtu ini
bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua parti
komponen Barisan Nasional (BN).

Ia juga untuk melahirkan komitmen dan tekad dalam persiapan bersama
bagi pilihan raya umum akan datang dan menampilkan pencapaian
masing-masing, kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan
rakan sejawatannya dari Parti Gerakan Datuk Liang Teck Meng pada sidang
media di sini semalam.

Mereka berkata MCA dan Gerakan mempunyai pengalaman kerjasama
meliputi tempoh sangat lama di bawah struktur BN terutama dalam
menegakkan tadbir urus kesederhaaan dan berbilang bangsa.

“Kedua-dua parti mendukung misi memerangi ekstremisme dan melindungi
hak bukan Islam, dan kerjasama kami menjana hasil yang efektif,” kata
mereka dalam satu kenyataan yang dibacakan dalam bahasa Inggeris dan
Cina.

Sementara itu, Ong berkata sejak dua bulan lepas, presiden MCA Datuk
Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong
memimpin kumpulan masing-masing dalam lima perbincangan.

“Kami mencapai kesepakatan yang baik. Strategi telah dirangka tentang
bagaimana ungtuk mengukuhkan hak dan peluang masyarakat Cina dan
memastikan mereka memainkan peranan lebih besar dalam wawasan negara ke
arah pembangunan,” kata beliau.

Ong menegaskan bahawa matlamat itu bukan sahaja untuk menyatukan komuniti Cina tetapi menyatukan semua masyarakat.

“Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia menjadi contoh
melalui kerjasama mengadakan “MCA-Gerakan Teguh Bersama’,” katanya.

Perhimpunan yang akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini
dijangka dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta terdiri daripada pemimpin
pusat, negeri dan tempatan dari kedua-dua parti.

Liow dan Mah dijangka menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons