January 17, 2018
You can use WP menu builder to build menus


THE MALAYSIAN TIMES

 

BUTTERWORTH:
DAP hari ini didesak mengadakan semula Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi
Pusat (CEC) parti itu kerana didakwa tidak mengikut arahan yang
ditetapkan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Bagan Luar G.Asoghan mendakwa pemilihan
parti pada 12 Nov lepas yang dikendalikan Grant Thornton, sebuah firma
audit bebas, tidak mengikut 10 syarat yang dikemukakan RoS termasuk
tidak mempamerkan senarai penuh nama perwakilan yang layak mengundi
berserta nombor kad pengenalan mereka dalam akhbar pelbagai bahasa.

Beliau berkata kertas undi juga tidak mempunyai nombor siri selain
proses kiraan undi yang dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati
dan wakil calon yang boleh menyebabkan berlakunya manipulasi terhadap
kertas undi.

“Setakat ini sebanyak 15 perwakilan dan anggota DAP sudah bagi surat
aduan berhubung perjalanan pemilihan semula CEC yang diadakan pada 12
Nov lalu. Kami mahu RoS mengambil perhatian serius berhubung perkara
ini.

“Kami mahukan pemilihan yang bersih. Mengapa kertas undi hanya perlu
tulis nombor dan bukan nama calon. Mengapa tak bagi tulis nama. Mereka
boleh ubah suai kertas undi itu dengan menukar nombor itu, sebagai
contoh nombor 1 boleh ditukar kepada 11 atau 21,” katanya pada sidang
media, di sini hari ini.

Pemilihan semula pada 12 Nov lepas, diadakan susulan arahan RoS pada
17 Julai supaya DAP mengadakan semula pemilihan CEC berikutan jabatan
berkenaan belum menerima dan mengiktiraf pemilihan parti yang dijalankan
oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Pada pemilihan 12 Nov lepas, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kekal
menganggotai CEC selepas mendapat antara undi terbanyak. Kit Siang,
selaku pemimpin veteran DAP memperoleh 1,199 undi manakala anaknya Guan
Eng memperoleh 1,180 undi dan kekal sebagai setiausaha agung parti.

Dalam pada itu, Asoghan menggesa Guan Eng memberi penjelasan mengapa
memilih Grant Thornton, yang berpangkalan di Amerika Syarikat, walaupun
akar umbi dan anggota parti tidak bersetuju parti menggunakan firma
audit bebas berkenaan bagi mengendalikan proses pemilihan semula parti
itu.

Beliau turut mempersoalkan sama ada DAP boleh menggunakan logo roket
untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 kerana sehingga hari ini
RoS tidak mengesahkan pemilihan semula CEC parti itu.– Bernama



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons