January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


RIYADH 5 Jan. -Arab Saudi memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari Yemen.

Tentera gabungan diketuai Arab Saudi yang memerangi pemberontak Syiah Houthi di Yemen dalam satu kenyataan berkata, pertahanan udara negara itu memintas peluru berpandu tersebut sekitar pukul 5.00 pagi waktu tempatan namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Saluran televisyen Al-Masirah milik pemberontak Houthi melaporkan, kumpulan pemberontak mengaku bertanggungjawab melancarkan peluru berpandu di wilayah barat daya Arab Saudi di Najran menerusi kenyataan di laman Twitter.

Riyadh dan sekutunya mengatakan serangan itu membuktikan sokongan Iran terhadap pemberontak Houthi di Yemen. – AFP



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons