January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR – Bekas pengasas Parti Peribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Anina Saadudin tampil mengkritik langkah mewujudkan jawatan
Perdana Menteri interim yang dikatakan bakal diberi kepada Tun Dr
Mahathir Mohamad sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-14
nanti.

Anina yang kini bergerak atas platform NGO, Empirical Malaysia
berkata, langkah tersebut adalah satu bentuk penipuan terang-terangan
kepada rakyat supaya mengundi blok pembangkang Pakatan Harapan semasa
pilihan raya nanti.

“Langkah ini dilihat satu penipuan yang dilakukan secara
terang-terangan kepada rakyat Malaysia, mana tidaknya, meletak seseorang
calon Perdana Menteri kemudiaan apabila menang kemudiaan digantikan
dengan individu yang sudah dua kali dihukum penjara.

“Ini satu kerja gila yang tidak pernah dilakukan, malah ini juga satu
rekod dunia yang pernah dilakukan oleh mana-mana parti pembangkang
dalam dunia,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Beliau yang sebelum ini juga disingkir dari PPBM menyifatkan
pembangkang sebagai ketandusan pemimpin pelapis sehinggakan terpaksa
mencalonkan individu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22
tahun.

“Secara jelas sebenarnya kita lihat pembangkang kini berada pada fasa
ketandusan pemimpin yang boleh diharapkan untuk memimpin negara, mereka
tidak ada tawaran yang segar atau ‘refreshing’ kepada rakyat.

“Jika ini tawarannya, meletak Perdana Menteri interim, mungkin sudah tiba untuk rakyat berfikir dua kali,” ujarnya lagi.

Dr Mahathir sebelum ini berkata, cadangan untuknya menjadi calon
perdana menteri seandainya Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya
kelak hanya akan terlaksana sekiranya keempat-empat komponen gabungan
itu menyetujuinya.

Beliau yang juga pengerusi PH berkata, sekiranya terdapat keputusan
sepakat antara PPBM, PKR, PAN dan DAP, barulah ia boleh digunakan dalam
manifesto pilihan raya nanti. – MalaysiaGazette



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons