January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KETUA jurulatih pasukan bola sepak liga bawahan dari Tampin, Negeri Sembilan, dilapor ditahan kerana merasuah anak buahnya sebanyak RM80 seorang, supaya kalah dalam satu perlawanan berlangsung pada bulan November tahun lalu.

Suspek yang dilapor berusia 40-an, dikatakan telah membayar setiap orang daripada 18 pemain dalam pasukannya supaya kalah dalam satu perlawanan di Kuala Pilah TGI.

Suspek juga didakwa telah memberikan wang sebanyak RM100 kepada setiap seorang daripada tujuh para pegawai dalam pasukannya.

Pasukan itu kalah dalam perlawanan berkenaan yang berlangsung pada 25 November di Stadium Mini Tampin dengan keputusan 11-2.

stadium mini tampin

Difahamkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan selepas seorang individu yang mengesaki perlawanan tersebut mungkin telah diatur membuat laporan kepada suruhanjaya itu.

Suspek dilaporkan telah ditahan oleh SPRM pada petang hari Jumaat.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons