April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


JOHOR BAHRU, 5 Jan. – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu dipercayai menjadi mangsa banjir apabila mayatnya ditemukan di tepi parit di Batu Hampar, Jalan Mersing-Endau dekat Mersing, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintenden Mohd. Nor Mohd. Isa berkata, mayat Ruzimah R. Abd. Manap, 42, ditemukan orang awam yang kemudian melaporkan kepada polis kira-kira 5.40 petang semalam.

“Lebih kurang 5.40 petang, Balai Polis Endau menerima panggilan telefon berhubung penemuan mayat seorang perempuan di tepi parit Batu Hampar, Jalan Mersing-Endau.

“Hasil siasatan mendapati mangsa tidak pulang ke rumahnya di Felda Endau sejak Isnin lalu,” katanya tadi.

Mohd. Nor berkata, sebuah motosikal jenis Yamaha dipercayai milik Ruzimah turut ditemukan di dalam parit kira-kira 20 meter dari mayatnya setelah air surut di kawasan tersebut.

Beliau berkata, bedah siasat terhadap mayat Ruzimah dilakukan pada 3.30 petang tadi di Hospital Sultan Ismail, di sini.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian Ruzimah adalah disebabkan traumatic cardiac contusion yang mana mangsa telah jatuh dan menyebabkan lemah di bahagian jantung.

“Tiada ada apa-apa kesan kecederaan khianat ditemui pada badan Ruzimah dan kematiannya diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Difahamkan, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah resort di Endau sebelum dipercayai dihanyutkan arus deras akibat limpahan air Sungai Teriang Kecil. – UTUSAN ONLINE



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons