January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Sejak semalam page-page pro BN menyalahkan dan menuduh pro pembangkang sebagai individu yang bertanggungjawab membayar seorang warga emas yang berusia 70 tahun sebanyak rm50 semata-mata untuk melintas jambatan rosak di Kampung Pamah, Aur, Lipis.

Sebelum ini jambatan tersebut menjadi viral di laman sosial dan dianggap netizens sebagai ‘jambatan maut’ kerana memperjudikan nyawa bagi sesiapa sahaja yang menggunakan jambatan itu. 

Seorang bapa dan anaknya yang berusia 7 tahun menggunakan jambatan tersebut pada selasa lepas untuk menghantar anaknya ke sekolah dan video rakaman itu menjadi tular di Facebook membuatkan ramai pihak mula mengetahui kewujudan jambatan berkenaan.

Selepas insiden bapa dan anaknya itu diselesaikan oleh Adun Jelai dari BN, secara tiba-tibanya muncul pula satu lagi klip video yang memaparkan seorang nenek tua melintas menggunakan jambatan itu.

Video itu viral dan menjadi perbualan di laman sosial tetapi tidak lama kerana selepas itu muncul pula video kedua yang memaparkan pengakuan nenek itu bahawanya beliau dibayar sebanyak rm50 untuk membahayakan nyawa sendiri bagi melalui jambatan itu.


Nenek itu kemudiannya dikecam bertubi-tubi oleh netizens kerana sanggup mengadaikan nyawa dengan nilai serendah rm50. Bagaimanapun lebih ramai yang mahu tahu siapakah individu yang tergamak membayar nenek tersebut semata-mata mahu membuat cerita sensasi di portal.


Menurut satu pendedahan oleh GengAtasPagar yang bertemu dengan nenek tersebut beberapa info berjaya disahkan oleh wakil mereka;


1. Nenek tersebut bernama Puan Petimah Binti Imam Othman yang berusia 70.


2. Nenek tersebut mengesahkan beliau dibayar rm50 untuk melintas jambatan tersebut.


3. Nenek tersebut dibayar selepas meniti jambatan tersebut.


4. Nenek itu mengakui berasa takut semasa melintas jambatan tersebut dan berasa mahu menangis di dalam hatinya.


5. Nenek itu menafikan beliau membawa cucunya yang sakit jantung untuk menerima rawatan dengan melintas menggunakan jambatan itu. Nenek itu turut menafikan pernah menggunakan jambatan itu ketika rosak atau akan ke hospital dengan melalui jambatan itu.


6. Nenek itu mengesahkan yang wartawan Kosmo (seperti dalam rakaman video) yang membayarnya sebanyak rm50 dan menunjukkan wang yang diterima kepada wakil GengAtasPagar (rujuk gambar).

Sila ke pautan ini untuk laporan KOSMO dan memberikan ulasan di ruangan komen : https://www.youtube.com/watch?time_continue=293&v=dSVNh0s4amg

7. Pengakuan nenek itu sekaligus mengesahkan yang pembangkang samada sekali tiada kaitan dengan penyebaran video berkenaan namun telah menjadi mangsa caci maki hamun sesetengah pihak.


Video pengakuan oleh nenek tersebut;
 




Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons