January 20, 2018
You can use WP menu builder to build menus


KUALA LUMPUR 5 Jan. – Pelakon tersohor dari India, Rajinikanth tiba di Malaysia hari ini untuk menghadiri acara Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, esok.

Rajinikanth selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 6 pagi tadi bersama isterinya, Latha dengan menaiki pesawat Malindo Air.

Bintang terkenal Kollywood itu juga tiba bersama lebih 200 pelakon lain, antaranya Vishal, Karthi, Aarya, Sivakarthi­ke­yan, Ba­rath, Sham, Vishnu, Janani Iyer, Bindhu Madhavi, Varalakshmi Sarathkumar dan Sri Divya. 

Natcha­thira Vizha 2018 yang menggabungkan persembahan nya­nyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak antara artis India dengan tempatan, akan berlangsung bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Acara sehari itu yang menghimpunkan lebih 300 artis India Selatan terkemuka gabungan pelakon filem Tamil, Telugu, Malayalam; penyanyi dan pe­ngarah muzik serta artis India tempatan dijangka dihadiri le­bih 30,000 peminat negara ini.

Pelakon terkenal Ulaga Na­yagan, Kamal Hassan pula difahamkan akan tiba esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara tetamu kehormat yang dijangka hadir pada Nachathira Vizha 2018 anjuran Persa­tuan Artis India Selatan (SIAA) dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. 

Rajinikanth turut berkesempatan mengunjungi Najib hari ini di Putrajaya.

Pelakon Kollywood ini pernah bekerja sebagai konduktor bas di Bangalore sebelum mencapai impiannya berke­cimpung dalam dunia lakonan.

Baru-baru ini, pelakon berusia 67 tahun itu menamatkan penantian peminatnya hampir dua dekad, apabila mengumumkan akan menceburi arena politik di Tamil Nadu, India.

Beliau akan membentuk parti politik sendiri dan bertanding di semua 234 kerusi dalam pilihan raya negeri itu yang akan datang.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons