April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


Oleh : Zin Mahmud

Kenangan. 1982-1986.
 

Aku rasa ceramah Hadi Awang yang di dalamnya terungkap Amanat Hadi itu diucapkan pada tahun 1981. Dr Mahathir jadi Perdana Menteri pada tahun 1981. Ceramah Hadi itu dibuat sebelum Mahathir jadi Perdana Menteri. Tahun sama tapi bulan lain. Kalau aku silap tolong beritahu.

Tahun 1981, Hadi berusia 34 tahun. Darah muda. Lantang. Berani. Naif. Pada masa itu Mahathir berusia 55 tahun, umur orang bersara pada zaman itu. Najib umur 28. Muda juga. Sudah menjadi Menteri besar. Aku berusia 22 tahun. Masih belajar.

Pada tahun 1982, aku masuk Utusan. Tahun yang sama aku juga jadi penyokong PAS. Aku pun darah muda. Naif juga. 
Pada hari Jumaat, kalau tiada assignment aku sembahyang di Masjid Jalan Pasar, masjid paling hampir dengan pejabat Utusan. 

Aku pergi dengan seorang pengarang senior yang juga pro PAS. Kami suka pergi ke masjid itu kerana khatibnya pro PAS dan khutbahnya lantang. Jadi sebelum sembahyang, kami pun berlegar di gerai jual kaset. Kaset paling laku ialah ceramah ceramah Hadi dan Mat Sabu. Sampul kaset itu adalah kertas fotostet je. 

Jadi pengusahanya meletakan sedikit petikan atas kulit kasetnya. Aku rasa untuk ceramah yang berkaitan itu, dipetiklah kata kata yang provokatif itu. Pada masa itu tak ada siapa yang menamakannya Amanat Hadi.

Walaupun aku suka dengar kata kata Hadi itu tetapi aku tak suka nada kerasnya dan hujahnya tentang sekularisme. Bagi aku, ia cetek. Kupasan mengenai sekularisme yang aku suka ialah yang dibuat oleh Syed Naquib Al-Attas.


Pada satu pagi aku datang kerja dan dapati Utusan siar mengenai Amanat Hadi di muka depan. Ketika itu Utusan sedang berkempen secara bertubi-tubi mengecam Hadi dan PAS. 

Tapi bila aku teliti apa yang dilaporkan terdapat kesilapan petikan daripada yang asalnya. Ada perkataan yang tertinggal. Utusan menyatakan ia adalah Amanat Hadi. Hanya kemudian baru aku rasa dibetulkan. 

Dalam kalangan PAS, pada masa itu kami tak dengar pun mengenai Amanat Hadi. Hanya selepas Utusan siar barulah ia dikenali sebagai Amanat Hadi. Sebenarnya itu bukan amanat pun. Ia hanya petikan kata kata dalam ceramah Hadi. Namun tidak lama kemudian orang PAS mencetak amanat itu dalam bentuk poster.

Tahun ini usia Hadi akan jadi 71 tahun. Usia Dr Mahathir pula akan jadi 93 tahun. Najib akan jadi 65. Aku pulak 59 tahun. Kalau panjang umur. Pastinya semua sudah matang, dan tidak naif lagi. Tentu apabila melihat ke belakang dapat dirasakan banyak perkara yang tak betul dilakukan. 

Kini PAS sudah berbaik dengan Barisan Nasional. Mahathir pula yang menentang Barisan Nasional. Aku pun sudah tak sokong PAS.



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons