April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


SEBUAH rakaman video tersebar di media sosial Facebook menunjukkan seolah-olah berlaku penipuan timbangan beras jenama Jasmine yang sepatutnya mempunyai berat 10kg sebaliknya apabila disemak mempunyai berat hanya 9kg.

tipu timbangan

Dalam rakaman awal video berkenaan, kredibiliti timbang yang digunakan diuji dengan menimbang barangan lain, seperti minyak masak dengan berat 5kg, dan gula pasir yang setiap bungkus mempunyai berat 1kg.

Hasilnya, jarum timbang menunjukkan bacaan berat yang sepadan dengan tulisan pada bungkusan barangan yang ditimbang. Malah sedikit lebih berat (faktor berat bungkusan dan lain-lain).

Namun apabila timbang yang sama digunakan untuk menimbang beras jenama Jasmine yang sepatutnya setiap satu mempunyai berat 10kg, berdasarkan tulisan pada bungkusannya, jarum timbang tersebut menunjukkan, berat beras itu hanyalah 9kg — 1kg kurang daripada berat yang sepatutnya.

Video dengan suara latar berbahasa Cina itu yang tersebar di media sosial menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Di bawah ini video yang dimaksudkan

Jika benar timbangan beras tersebut kurang daripada apa yang sepatutnya, maka ini adalah satu bentuk penipuan.

Pengguna bayar beras dengan harga 10kg tapi beras yang dibawa pulang hanya 9kg, ini jelas sekali merugikan pembeli.

Penipu seperti ini ada disebutkan dan dilaknat oleh Allah dalam Al-Quran.

“Kecelakaan besar bagi orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). Iaitu apabila mereka menerima sukatan (gantang, cupak) daripada orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka menguranginya” (Al-Muthaffifin: 1-3)



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons