April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


MENTERI Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mencabar admin page PW – Pseudoscience Watch untuk berjumpa dengannya dalam tempoh satu minggu jika benar mahu menyelesaikan masalah rakyat.


Tindakan menteri berkenaan dipercayai ada kaitan dengan tuduhan-tuduhan yang mengaitkan intergriti dan hubungan beliau dengan Boy Iman yang juga pemilik syarikat DBI Technology, yang pernah menjadi sensasi kerana dikaitkan dengan dakwaan mengutip wang orang ramai untuk membina rumah namun rumah yang diharapkan tidak siap-siap dibina.

Baca : Setahun Lepas Saya Dah Bagitau Menteri Pasal DBI Kan..


Ada mangsa yang mendakwa wangnya hangus dan ada pula mangsa yang mendakwa depositnya tidak dipulangkan semula oleh DBI meskipun gagal mematuhi terma perjanjian pembinaan dan ada sesetengahnya mendakwa hanya mampu dapat separuh dari jumlah bayaran yang dibuat walaupun janji untuk membuat rumah tidak pernah ditunaikan oleh syarikat itu.


Pada 22 December 2017 selepas memaki Noh Omar sebagai ‘Menteri Bangsat’, beberapa wakil menteri telah mendekati admin PW untuk bertemu dan berbincang bagi menyelesaikan isu berbangkit.




Selepas enggan bertolenrasi dengan ajakan tersebut; PW semakin keras menyerang dan meminta Tan Sri Noh Omar membuat laporan polis ke atas Boy Iman kerana mempergunakan nama dan pengaruh menteri berkenaan bagi melakukan penipuan.

Tidak hanya itu, Boy Iman turut mendakwa Tan Sri Noh Omar mahu mengangkatnya menjadi Ketua Cawangan UMNO dalam satu rakaman yang viral namun tiada apa-apa penafian yang telah dibuat oleh menteri berkenaan setakat hari ini.


Admin page PW turut mendedahkan perbualan dengan anak menteri berkenaan dan beberapa pihak yang menyokong dan bekerja dengan Tan Sri Noh Omar di page mereka.


Selepas gagal mengajak admin PW untuk bersua muka dan berbincang, admin PW kemudiannya diserang dan ditohmah sebagai pro pembangkang oleh sesetengah pihak.

Menjawab serangan PW itu, Noh Omar kemudiannya mencabar admin page berkenaan untuk berjumpa dalam masa satu minggu malahan turut memberikan nombor telefon wakilnya untuk mengatur masa pertemuan yang bersesuaian.

“Jangan jadi macam PW. Kalau tuan-tuan tengok admin PW. Kerja dia takde lain. Kerja dia asyik nak menghentam saya. Menghentam KPKT. Dan mencari salah melalui media sosial. 

Saya cabar PW. Kalau kamu kumpulan NGOs yang bertanggungjawab yang hendak membela nasib rakyat, ayuh datang jumpa saya, anytime. Saya bagi tempoh 1 minggu. Datang jumpa saya.

Kalau tak berani datang jumpa saya, nak berbincang bagaimana nak menyelesaikan masalah rakyat, tutuplah admin PW neh.


Pada PW saya bagi tempoh satu minggu. Sila hubungi SUSK saya. Nombor handphone dia : 012-2788449. Sila hubungi dengan segera. Anytime. Saya akan luangkan masa saya walau sesibuk mana pun saya. Demi untuk rakyat saya tetap berjumpa. Kita berbincang. Saya tahu pasal undang-undang. Sebab saya peguam,” katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari video viral.

Kontroversi Noh Omar dan Boy Iman semakin menjadi perhatian apabila gesaan netizens agar menteri berkenaan membuat laporan polis terhadap Boy Iman bagi menafikan semua dakwaan Boy Iman yang beliau ada hubungan tertentu dengan menteri tersebut.  


Netizens juga mahu kementerian KPKT mengambil tindakan undang-undang terhadap DBI kerana mencalarkan imej Noh Omar sekaligus membantu mangsa-mangsa teraniaya mendapatkan kembali hak mereka.

Rakaman video (kredit : Pseudoscience Watch) ;

 



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons