April 21, 2018
You can use WP menu builder to build menus


OLEH AFIX REDZUAN

SHAH
ALAM: Kerajaan Negeri tidak pernah menaikkan yuran Sekolah
Rendah Agama (SRA) di bawah pentadbirannya seperti didakwa segelintir
pihak.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan
Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Ahmad Yunus Hairi berkata, yuran
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang tinggi hingga mendatangkan
rungutan daripada ibu bapa bukan berpunca daripada Kerajaan Negeri
sebaliknya diputuskan pihak sekolah.

“Yuran
asas tidak pernah naik sejak 2007 berdasarkan saranan daripada
Kementerian Pelajaran supaya (yuran) tiada kenaikkan kecuali PIBG.

“Itu terpulang (kepada sekolah) dan prosesnya sama seperti di sekolah kebangsaan, bergantung kepada keputusan PIBG.

“Bagi SRA tiada kenaikan. Kalau KAFA itu terpulang, bukan dibawah kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengerusi
Barisan Nasional (BN) Selangor, Tan Sri Noh Omar yang mendakwa Kerajaan
Negeri tidak membantu sekolah agama dalam soal kebajikan.

Ahmad
Yunus berkata, Kerajaan Negeri sudah ambil tindakan dengan memberikan
skim pinjaman buku-buku teks kepada sekolah agama sejak 2008 melalui
Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Jelasnya, Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM7 juta bagi mencetak buku teks Tahap Satu pada 2017 untuk kegunaan 2018.

Jumlah
sama turut diperuntukkan tahun ini untuk mencetak buku teks Tahap Dua
yang akan digunakan pada 2019 bagi menjadikan jumlah perbelanjaan
keseluruhan RM14 juta

Mengulas mengenai janji BN untuk memberikan
pendidikan agama percuma jika kembali berjaya memerintah Selangor Ahli
Dewan Negeri (ADN) Sijangkang itu menyifatkan ia sebagai cakap-cakap
politik semata-mata



Source link

admin

No Comments

You must be logged in to post a comment.

Show Buttons
Hide Buttons